gravatar

Kelakarlah Ustaz!

Seorang Ustaz dalam kuliah maghribnya menyampaikan kepada para jemaah bahawa ada sebuah riwayat mengatakan bahawa makanan pertama penghuni syurga ialah daging ikan paus. MySpace

Selepas tazkirah tamat, seorang jemaah datang berjumpa Ustaz, untuk kepastian mungkin. Dia bertanya kepada Ustaz
"Betul ke Ustaz, makanan pertama penghuni syurga; daging ikan paus?
Ustaz pun jawablah:
"Ya, menurut riwayat (saya tak ingat riwayat apa..hehe). Kenapa? Kamu tak percaya ke?
Jemaah tu pn jawab:
"Bukan saya tak percaya, tapi Ustaz, saya tak berapa lalu nak makan daging ikan paus lah"
Saya jawab:
"Wah, yakinnya awak dapat masuk syurga" Haha..lawak la orang yang tanya tu

MySpace MySpace MySpace MySpace MySpace MySpace MySpace MySpace


        
Tazkirah semalam disampaikan oleh Ustaz Mohd Nor. Ustaz tak sampai lagi masa solat isya, solat terawih pun dia tak jadi imam. Biasanya Ustaz akan imamkan solat isya' dan terawih. Semua ingatkan Ustaz tak datang malam tadi. Tapi bila dengar bilal selawat untuk solat witir selepas 8 rakaat, aku pasti Ustaz dah datang sebab kalau Ustaz tak datang, biasanya solat terawih akan dilakukan sebanyak 20 rakaat.

Ustaz Mohd Nor sampaikan tazkirah tentang tafsir surah al-Waqiah. Ustaz cakap, kalau nak murah rezeki, nak cepat kaya, selalu la baca surah ni. Dalam surah ni, banyak diceritakan tentang Hari Kiamat, Hari Pembalasan, balasan syurga dan neraka, gambaran syurga dan neraka disertai dengan pertanyaan pertanyaan Allah kepada hambaNya tentang penciptaanNya.

Ustaz ni memang best and kelakar gile. Sayangnya Ustaz habis awal, sekitar jam 10.45. Saya tak kisah kalau Ustaz nak tazkirah sampai pukul 12 pun.Hehe

p/s Tazkirah memang best plus Ustaz-ustaznya pun semua best2..CayalahMySpace