gravatar

Bersyukurlah sebelum nikmat itu hilang

Kita jarang bersyukur sedar ataupun tak. Mujur ada ustaz ingatkan semasa tazkirah terawih dua hari yang lepas.

  • Ustaz ; Adakah kalian bersyukur hari ini kerana telah terpilih oleh Allah untuk datang ke surau menunaikan solat~~Hatiku: Aku tak sedar pun terpilih. Ish2x teruknya aku.
  • Ustaz: Adakah kamu semua sedar dan bersyukur kamu punya telinga dan dapat mendengar sedangkan ada orang yang punya telinga tapi tak dapat mendengar?~~Hatiku: Akan ingat cuma bila jumpa orang pekak
  •  Ustaz: Sedar atau tidak kamu semua, tak semua yang ada mata mampu melihat? Mungkin hari ini anda semua masih mampu melihat, siapa jamin esok anda masih dapat melihat?~~Hatiku: Aku bersyukur walaupun mata tu kalau tak pakai cermin mata mcm orang buta jugaklah
  • Ustaz: Bersyukurlah kamu semua kerana diberi kesihatan supaya kamu dapat berpuasa dan bersolat terawih. ~~Hatiku: alhamdulillah aku masih sihat sejahtera
  • Ustaz: Bersyukurlah kerana hati kamu masih lagi ditetapkan dalam Islam. Lihatlah berapa ramai yang beriman kemudian mereka sesat. ~Hatiku: Ya Allah, nikmatMu yang paling besar padaku
Betapa aku bersyukur ya Allah atas segala kurniaanMu yang tak terhingga banyaknya. Aku seringkali melakukan maksiat padaMu tapi Engkau terus memberiku nikmat yang tak terhitung..Alhamdulillah

p/s Teringat lagu Alhamdulillah by Too Phat