Archives

gravatar

Perlukah berlagak warak & suci dan memfitnah orang lain?

Mestikah jika anda seorang yg kononnya warak, membuat tuduhan palsu? Ya..fitnah. Bukankah memfitnah orang lebih besar dosanya dari membunuh? Ni yang pelik. Berlagak suci tapi hati penuh benci. Hati penuh perasangka kat orang lain, Yalah, sebab perasan dia bagus dan suci murni, lalu cuba mencari kesalahan orang lain melalui lubang2 kecil yang ditunjuki syaitan. Amat malang skali. Sebab tulah, Islam susah nak diterima ramai, bukan sebab Islam tu, sebab orang2 yang kononnya patuh ajaran Islam. Ya..sebab tu jugak Islam tu nmpk seperti agama terrorist yang dicalarkan oleh penganut-penganutnya sendiri.

Sila ambil perhatian kepada yang telah membuat fitnah keji ke atas saya. Saya sama sekali tidak akan membiarkan. Saya selaku yang difitnah takkan memaafkan yang memfitnah. Saya bukan seorang yang terlalu pendendam, tapi disebabkan tuduhan ni amat berat bagi saya, mungkin anda yang membuat fitnah ini perlu rasakan betapa sakitnya hati difitnah. Mungkin saya bukan seorang yang layak untuk dipuji, sememangnya saya juga tak perlukan pujian. Saya hanya bencikan fitnah dan kejian yang melampau.

Jika anda merasa sangsi atas sesuatu, jika anda seorang yang benar2 warak, anda tahu apa yang perlu anda lakukan. Mungkin jika anda bukan seorang yang warak sekalipun, anda selaku seorang Muslim perlulah bertindak seadanya. Bukan dengan kebodohan. Bukan memalukan dengan membuat tuduhan dikhalayak ramai. Bukan dengan pertanyaan dikhalayak ramai. Mungkin anda lupa, jika kita membuka aib orang didunia, Allah akan buka aib kita di padang mahsyar. Bukankah itu lebih besar malunya. Ntahla. Makin tinggi ilmu agama, makin keji sifat.

Saya tak rasa pelik, sebab saya tahu perangai orang yang macam ni. Saya pernah bersama mereka. Dan setelah itu saya tinggalkan mereka kerana mereka bukan seperti sahabat yang saya perlu ekori. Mereka berlagak punya ilmu setinggi langit, tapi mereka gunakan secebis ilmu mereka untuk mencari kesalahan orang lain lalu dikeji habis habisan. Perlukah seseorang itu mencari salah orang lain? Beserta dengan andaian2 tersendiri yang sudah tentu andaian yang negative belaka.

Saya sangat kecewa. Golongan ini perlu mematangkan fikiran dan membuka minda supaya tidak selama-lamanya berfikiran bodoh dan tempang, tidak berasa selesa dengan perasaan warak dlm diri. Dengan perasaan suci bersih dari cela itulah yang membuatkan mereka berusaha mencari silap orang lain. Sakitnya hati bila difitnah, hanya Allah yang tahu. Semoga sesiapa yang telah memfitnah sesiapapun, mohon maaf pada yang difitnah. Dan sentiasalah ingat kita bukan suci. sebesar mana pun perasaan warak anda, anda perlu takut ujian yang bakal datang, kerana seorang yang warak tak semestinya mati dalam iman..Renungkan…

p/s Sila jangan sebarangan jadikan orang yang berpakaian warak sebagai contoh. Saya cuma ingatkan sahaja. Kerana bukan semua yang berkopiah, berserban, bertudung labuh berjubah, bukan semuanya tahu selok belok agama. Jangan terkejut jika anda jumpa orang yang berserban membaca al-fatihah salah, jangan terkejut jika terjumpa perempuan yang bertudung labuh dan berjubah solat dengan mulut tertutup sedangkan dia bukan seorang bisu. Sebab bukan semua yang berpakaian sebegitu benar-benar ikhlas. Kerana keikhlasan itu sangat sukar ditemui dalam dunia yang penuh pura-pura..

_____TAMAT________________